Tuesday 29 September 2015

Oven Murah di Shah Alam


Alhamdulillah , Sempena cuti malaysia 16 September lepas oven puan Zai yang di perkenalkan oleh Tuan Asran owner Bahulu Inti Di Bayu telah selamat mendarat di homemade. 

Memandangkan tempahan yang masuk laju dan memberasangkan , kami telah membuat survey untuk cari oven yang lebih besar, dah berkenan oven berjaya untuk 1 trey di CKE puchong , masa beli mixer awal bulan 8 dah tanya harga lebih kurang RM1300, bulan nie pergi tanya balik harga dah naik 1700 di sebabkan duit kita jatuh . Survey tempat lain harga lebih kurang sama . 

Alhamdulillah Allah buka jalan , tuan asran membantu untuk dapatkan oven second hand tapi baru . Pagi esoknya terus call owner oven untuk janji temu . malam tu terus berkunjung ke rumah pn Zai .

Esoknya cari lori untuk proses pemindahan, mula-mula try cari lori yang ada dalam taman , tuan lori minta RM150 caj pemindahan, tapi hanya memandu tak boleh angkat sama, memandangkan oven berat 4 orang di perlukan untuk mengangkat Oven tersebut . 

Akhirnya dapat lori jiran chin hanya ambil minyak dan tol RM20 dan minta tolong kawan sekerja Isyam dan Paan  dan proses pemindahan bermula pada pukul 12.00 tengahari dan berakhir jam 3:00 petang .




menuju ke shah alam 

Oven dalam lori 

minum dulu lepas proses pemindahan

oven siap parking 

 jamu paan dan isyam nasi kakwok

Note : Kos Pelaburan Oven dua trey dan meja semua sekali Rm 2000.00

No comments:

Post a Comment