Monday 18 April 2016

Tempahan 600pcs Post Ke Kuala Krai


Terima Kasih tn Khari ismail dari guchil 7 kuala krai kerana tempah bahulu d'qaseh ,
Terima Qaseh menjadi salah seorang pelanggan kami ..Jemput tempah lagi ...hihi




Tempahan DoorGift Bahulu Dari Owner Stesen Makan Seri Kembangan

Alhamdulillah dapat menyiapkan tempahan doorgift Bahulu d'Qaseh sebanyak 4000pcs sehari lebih awal dari tarikh yang di janjikan...ini kerana pihak pelanggan request hantar awal sehari .    ...Alhamdulillah .. alhamdulillah terima kasih kepada staf bahulu d'qaseh kerana bertungkus lumus menyiapkan tempahan . 

Tempahan doorgift bahulu kali ni untuk Majlis perkahwinan anak kepada Dato' Mohamad Zawawi owner kedai Stesen Makan yang terletak di Jln Atmosphere 6, seri kembangan  . boleh tengok SINI , 

Selamat Pengantin baru di ucapakan kepada Tn Ariff dan Isteri Pn Soffea , Semoga Bahagia dan Kekal Hingga Syurga ..Aminn..aminn Terima Kasih Kerana memilih Doorgift Bahulu D'Qaseh !!






Friday 15 April 2016

Kedai Kuih Akok Bahulu Sedap


Ni la tempat saya mula-mula menimba pengalaman dalam berniaga, Tugas saya hanya membuat kuih saja, melayan pelanggan saya malu, masa mula kedai nie buka dulu , ma pergi solat kalau ada pelanggan berhenti depan kedai saya lari menyorok...haha lama-lama dah ok .
  
  ada satu kali masa tu dah boleh sikit-sikt layan pelanggan ... Kru radio THR Gegar berhenti, Dj Nasa , Dj Nas dan ramai lagi... mula2 masukkan kuih dalam plastik relaks jer tapi bila dah perasan yang singgah tu abg2 DJ ...tangan tiba-tiba jadi ketar...tapi nasib baik dj nas kelakar, siap masuk dalam kedai tolong isi kuih...
rugi masa tu bukan zaman telefon ada kamera..kalau tak boleh selfie dengan abang2 dj..

ok kedai ni terletak di hadapan masjid di kg lepan jenut (tempat orang jual lemang) lebuh raya kuala krai gua musang .
kalau lalu jangan lupa singgah yer kedai family saya...
Terima Kasih hihi
banner bahulu d'qaseh