Monday, 18 April 2016
Tempahan DoorGift Bahulu Dari Owner Stesen Makan Seri Kembangan
Alhamdulillah dapat menyiapkan tempahan doorgift Bahulu d'Qaseh sebanyak 4000pcs sehari lebih awal dari tarikh yang di janjikan...ini kerana pihak pelanggan request hantar awal sehari . ...Alhamdulillah .. alhamdulillah terima kasih kepada staf bahulu d'qaseh kerana bertungkus lumus menyiapkan tempahan .
Tempahan doorgift bahulu kali ni untuk Majlis perkahwinan anak kepada Dato' Mohamad Zawawi owner kedai Stesen Makan yang terletak di Jln Atmosphere 6, seri kembangan . boleh tengok SINI ,
Selamat Pengantin baru di ucapakan kepada Tn Ariff dan Isteri Pn Soffea , Semoga Bahagia dan Kekal Hingga Syurga ..Aminn..aminn Terima Kasih Kerana memilih Doorgift Bahulu D'Qaseh !!
Friday, 15 April 2016
Kedai Kuih Akok Bahulu Sedap
Ni la tempat saya mula-mula menimba pengalaman dalam berniaga, Tugas saya hanya membuat kuih saja, melayan pelanggan saya malu, masa mula kedai nie buka dulu , ma pergi solat kalau ada pelanggan berhenti depan kedai saya lari menyorok...haha lama-lama dah ok .
ada satu kali masa tu dah boleh sikit-sikt layan pelanggan ... Kru radio THR Gegar berhenti, Dj Nasa , Dj Nas dan ramai lagi... mula2 masukkan kuih dalam plastik relaks jer tapi bila dah perasan yang singgah tu abg2 DJ ...tangan tiba-tiba jadi ketar...tapi nasib baik dj nas kelakar, siap masuk dalam kedai tolong isi kuih...
rugi masa tu bukan zaman telefon ada kamera..kalau tak boleh selfie dengan abang2 dj..
ok kedai ni terletak di hadapan masjid di kg lepan jenut (tempat orang jual lemang) lebuh raya kuala krai gua musang .
kalau lalu jangan lupa singgah yer kedai family saya...
Terima Kasih hihi
![]() |
| banner bahulu d'qaseh |
Thursday, 17 March 2016
Resepi Pancake Yang Sangat Sedap Dan Simple
Bahan A
2 Cawan Tepung gandum
2 sudu kecil backing powder
2 sudu besar gula pasi
sedikit garam
Bahan B
2 Sudu besar Majerin / mentega (di Cairkan dahulu)
2 Biji telur (di pukul sedikit )
1 3/4 Susu segar
Campur bahan A+ B kacau sehingga sebati . sedia untuk di masak
Siap masak gulung dengan Aiskrim ...Nyumm..nyummm
Pancake Yang Sedap Dan Simple sila la cuba!
Thursday, 25 February 2016
Door gift Bahulu di Majlis Sambut Menantu @ Puncak Jalil
Alhamdulillah sempat menyiapkan tempahan bahulu untuk doorgift sebanyak 2000pcs .
Pelanggan kali ni merupakan jiran sekampung ,yang menetap kat sini bersama anak-anak selepas kampung di landar banjir besar... Tahniah K.Som sempena dapat menantu baru dalam keluarga , apa yang saya tahu anak-anak k.som semua berjaya....terima kasih sudi jadikan bahulu d'qaseh sebagai doorgift ...
Kepada pengatin Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Hingga ke Syurga Aminnn
![]() |
| proses penghantaran bahulu yang siap di pack |
![]() |
Mixer B20 Second Hand Murah Okazawa
Alhamdulillah akhirnya dapat juga upgrade mixer 20L bagi menampung permintaan Bahulu D'Qaseh pada skala yang lebih besar ....
Mixer jenama Okazawa second hand berjaya di miliki dari kampung.. owner asal guna hanya 4 bulan untuk buat roti ...sebelum dapat mixer nie dah 2x di kecewakan ..hihi
ceritanya pertama hubungi owner (lelaki Melayu) dari setiawangsa nak jual mixer yang di iklan di mudah.my terus booking dan berjanji untuk beli , bayaran akan di buat masa nak ambil di sebelah malam ...tapi sebelah petang owner whatsapp bagitahu dah jual kat orang...
kali kedua owner (perempuan melayu) dari rawang iklan di mudah.my juga...whatsapp terus booking dan setuju untuk beli ...sebelah malam terus gerak ke sana ,alamat dah bagi siap-siap, sampai di sg buluh dapat whatsapp dari owner bagitahu orang baru datang ambil, dia bagi kat orang tu sebab orang tu sampai dulu ke rumahnya, orang tu dari bukit beruntung......terkedu sekejap masa tu ...tak tahu nak tanya apa.... sebab dah janji lagipun akak tu sendiri jemput datang ke rumahnya....
Alhamdulillah kali ke tiga baru jadi .... situasi sebelum ni mengajar dalam berniaga kita perlu pegang pada janji dan sentiasa sabar dalam menempuhi apa yang mendatang...
jangan sesekali berputus asa ..rezeki kita pasti ada ....
terima kasih tuan ashran bahulu inti banyak bagi nasihat dan kata-kata positif...
terima kasih juga owner asal Tuan Faizal (lelaki Muda) dari kg lubok simpul kuala krai ...
Subscribe to:
Posts (Atom)
















